awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurung rakan senegara, tiga lelaki ditahan - Polis

Bernama
Bernama
07/02/2023
22:30 MYT
Kurung rakan senegara, tiga lelaki ditahan - Polis
Kesemua suspek direman selama empat hari hingga 9 Feb ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 membabitkan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing yang menyatakan dia dihubungi rakan senegara yang mendakwa telah diikat serta dikurung secara salah oleh sekumpulan lelaki dan mereka meminta wang tebusan sebanyak RM25,000.
"Bertindak atas maklumat, pada hari sama, sepasukan polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing di PJ Centrestage," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari hingga 9 Feb ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pengurungan salah
#pemerasan wang
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan