KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan kerajaan Sabah supaya menyediakan inisiatif pembangunan koperasi dalam peruntukan belanjawan tahunan negeri untuk memperkasa sektor berkenaan di negeri itu.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ia bagi memastikan inisiatif pembangunan koperasi digariskan dalam belanjawan negeri akan dapat melengkapkan usaha kementeriannya menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membantu gerakan koperasi di Sabah.
Beliau berkata terdapat beberapa kerajaan negeri telah mengambil pendekatan menyediakan inisiatif serta peruntukan pembangunan koperasi dalam belanjawan negeri masing-masing, antaranya ialah Melaka, Pahang dan Johor.
"Kerajaan negeri ini telah menyediakan peruntukan pembangunan koperasi di bawah inisiatif belanjawan negeri masing-masing untuk membantu gerakan koperasi mereka, selain daripada belanjawan atau inisiatif belanjawan disediakan kementerian melalui SKM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat dengan menonjolkan aktiviti-aktiviti dilaksanakan oleh koperasi seluruh negara.
Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Phoong Jin Zhe, Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.
Ewon turut melihat keperluan untuk mewujudkan jawatankuasa penyelarasan gerakan koperasi di Sabah dianggotai agensi terlibat dalam pembangunan keusahawanan bagi memudahkan penyaluran inisiatif belanjawan kementerian.
Langkah itu penting bagi memastikan sektor koperasi di Sabah dapat menikmati sekali gus mengoptimumkan inisiatif dan peruntukan berkaitan, katanya.
Beliau berkata KUSKOP juga mahu bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi memberi anugerah merangkumi pelbagai kategori sebagai inisiatif mengiktiraf kejayaan mana-mana koperasi terbaik di negeri itu pada tahun depan.
"Ini juga sebagai usaha mempromosi gerakan koperasi dalam kalangan rakyat Sabah. Sehingga kini, Sabah mempunyai 1,707 koperasi...sudah tentu banyak koperasi yang telah mencapai kejayaan. Empat koperasi di Sabah tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Ewon berkata Sabah buat pertama kali dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik bermula 27 hingga 30 Julai ini.
"Setakat ini, kita telah menerima penyertaan lebih 180 peserta daripada 19 negara dalam kawasan Asia Pasifik. Saya berharap program seumpama itu akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ia bagi memastikan inisiatif pembangunan koperasi digariskan dalam belanjawan negeri akan dapat melengkapkan usaha kementeriannya menerusi SKM membantu gerakan koperasi di Sabah. - BERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.