awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP komited bangunkan PMKS, bantu tembusi pasaran antarabangsa

Bernama
Bernama
22/08/2024
15:44 MYT
KUSKOP komited bangunkan PMKS, bantu tembusi pasaran antarabangsa
Ewon (kanan) melihat produk botol air pada majlis perasmian Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sdn. Bhd di Kompleks Al-Ammar, Rantau hari ini. - Gambar Bernama
REMBAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited membangunkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara sekali gus membantu menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.
Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata justeru pelbagai bantuan dan inisiatif disalurkan kepada mereka selain memberikan sokongan berterusan termasuk melalui pembiayaan, geran serta program pembangunan bagi mengembangkan perniagaan.
"KUSKOP akan terus mewujudkan pelbagai inisiatif supaya pembangunan usahawan dapat terus diperkukuh dan kita sentiasa berbangga dengan kejayaan syarikat-syarikat PMKS tempatan termasuk Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) ini," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pusat pengilangan baharu Bubbles O2 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP Datuk Zamri Salleh, Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Datuk Hazimah Zainuddin dan Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Arifin Marzuki.
Ewon berkata Bubbles O2 merupakan antara syarikat yang menerima pelbagai bentuk bantuan daripada agensi di bawah KUSKOP seperti Pernas yang melabur sebanyak RM5 juta bagi pembelian mesin dan perbelanjaan operasi selain SME Corp dan SME Bank.
KUSKOP-PMKS 2 (AKHIR) REMBAU
"Saya ucapkan jutaan tahniah kepada Bubbles O2 kerana bukan hanya meningkatkan perolehan dalam negara tetapi pasaran luar negara dan ini menunjukkan mereka berupaya membangunkan jenama yang mendapat keyakinan antarabangsa," katanya.
Beliau turut optimis Bubbles O2 akan terus memacu kemajuan dalam industri air mineral beroksigen dan menjadi antara syarikat yang dapat membawa nama Malaysia di peringkat global.
Dalam pada itu, Ewon berharap Kementerian Kewangan menambah peruntukan sedia ada dalam Belanjawan 2025 dengan mengambil kira keperluan dan cadangan pemegang taruh sekali gus dapat membangunkan lebih ramai usahawan PMKS.
"Tahun ini kita terima lebih RM700 juta selain dana sedia ada, 27 Ogos ini kita akan adakan sesi khas dengan Kementerian Kewangan untuk kemukakan cadangan baharu. Saya percaya ia boleh tingkatkan prestasi PMKS dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar negara dan peluang kerja," katanya.
Beliau berkata antara cadangan yang akan dikemukakan ialah mengantarabangsakan produk dengan membawa dan mempamerkan produk usahawan PMKS ke ekspo luar negara selain mewujudkan hub PMKS baharu termasuk di Borneo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#PMKS
#pemegang taruh
#pasaran antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan