awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP mula siri libat urus PMKS, tumpu cabaran komuniti perniagaan

Bernama
Bernama
07/01/2026
13:00 MYT
KUSKOP mula siri libat urus PMKS, tumpu cabaran komuniti perniagaan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim hari ini memulakan siri mesyuarat libat urus pertama bagi 2026 bersama pemain industri dan pemegang taruh sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). - Foto Facebook KUSKOP
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim hari ini memulakan siri mesyuarat libat urus pertama bagi 2026 bersama pemain industri dan pemegang taruh sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Mesyuarat berkenaan melibatkan pemimpin tujuh persatuan perniagaan utama iaitu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia, Persatuan Pengurusan Kompleks, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia, Persatuan Rakan Industri Dalaman Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan SME Association of Malaysia.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemimpin persatuan perniagaan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas, khususnya berkaitan inisiatif pemerkasaan PMKS tempatan bernilai RM 80 bilion.
"Pertemuan tersebut turut membincangkan cabaran yang selama ini membelenggu komuniti perniagaan di Malaysia termasuk akses kepada capaian modal, kerenah birokrasi serta ekosistem ekonomi yang lebih kondusif.
"Menteri turut menegaskan bahawa segala kebimbangan dan cabaran yang dibangkitkan adalah selari dengan Strategi ABCD yang diperkenalkan olehnya merangkumi Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran," menurut KUSKOP.
Sim semalam dilaporkan berkata inisiatif bernilai hampir RM 80 bilion itu berfungsi sebagai suntikan sokongan kepada sektor PMKS khususnya dalam meningkatkan kecairan aliran tunai dan memastikan kesinambungan operasi perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#siri libat urus PMKS
#Steven Sim
#perusahaan mikro kecil dan sederhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan