awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan Kempen Tabung Pahlawan catat peningkatan, sasar RM3 juta bagi edisi seterusnya

Bernama
Bernama
19/08/2025
14:15 MYT
Kutipan Kempen Tabung Pahlawan catat peningkatan, sasar RM3 juta bagi edisi seterusnya
Semaon berkata kutipan daripada KTP, disalurkan kepada veteran ATM dalam bentuk bantuan kebajikan am dan bencana, bantuan perubatan serta bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2024/2025 berjaya mengumpul lebih RM2.19 juta, lebih tinggi berbanding RM1.3 juta direkodkan untuk edisi sebelumnya.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki berkata kutipan daripada KTP, disalurkan kepada veteran ATM dalam bentuk bantuan kebajikan am dan bencana, bantuan perubatan serta bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Beliau berkata untuk 2023, sebanyak 2,067 veteran menerima bantuan berkenaan, diikuti 1,627 veteran pada 2024 dan 5,357 veteran pada 2025.
"Bagi yang pernah menyumbang, tahniah saya ucapkan dan teruslah menyalurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan wira kita yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara.
"Setiap sumbangan juga layak menerima 10 peratus rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semaon berkata sama seperti edisi sebelum ini, bagi KTP 2025/2026 yang telah bermula kutipan sejak 1 Ogos sehingga Julai 2026, sasaran kutipan sama RM3 juta dikekalkan.
Beliau berkata antara inisiatif baharu yang diperkenalkan untuk kempen kali ini ialah program Satu Rakyat Satu Ringgit (2R'DP), yang membolehkan orang ramai menyumbang denga lebih mudah melalui imbasan kod QR ke akaun KTP.
"Majlis pelancaran rasmi KTP 2025/2026 dijadualkan berlangsung Oktober ini sempena sambutan Jubli Perak JHEV ATM di Melaka, yang dijangka disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya.
Beliau berkata sumbangan boleh dibuat melalui beberapa kaedah termasuk transaksi dalam talian ke akaun rasmi KTP, tabung fizikal yang ditempatkan di lokasi strategik seperti stesen minyak BHP terpilih, sumbangan korporat, jualan amal, yuran penyertaan aktiviti anjuran JHEV ATM serta kutipan oleh persatuan-persatuan veteran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#kod QR
#transaksi dalam talian
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan