Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengesan sekiranya ada pencarum dana itu cuba membuat pengeluaran menggunakan dokumen palsu.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata ada pencarum dihampiri sindiket dan dijanjikan bahawa ada cara untuk mengeluarkan duit daripada KWSP dengan menggunakan dokumen palsu contohnya untuk pengeluaran perumahan.
"Sindiket akan menggunakan dokumen jual beli atau sewa beli palsu antara pencarum dengan pemaju yang tidak wujud, jadi kita boleh kesan sebab kita akan buat semakan dengan pemaju, bank dan peguam untuk menentukan sama ada dokumen itu sah atau tidak.
Menerusi sistem KWSP kita telah mengesan beberapa kes, kita telah pun menasihatkan pencarum jangan diperdaya dan juga telah ambil tindakan dengan membuat laporan polis serta tindakan kepada pencarum kerana pengeluaran palsu dan menggunakan dokumen palsu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran program Bicara Persaraan Bersama KWSP oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen) Datuk Talib Zulpilip di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.
Program selama dua hari mulai hari ini merupakan sebahagian kempen celik kewangan KWSP dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempromosikan program celik kewangan.
Mengulas lanjut, Shahril Ridza turut menasihatkan pencarum supaya berhati-hati kerana terdapat sindiket akan akan terus cuba memperdaya mereka.
Beliau berkata ada pencarum dijanjikan skim pelaburan dengan pulangan yang lumayan yang tidak munasabah dan akan cuba membantu untuk mengeluarkan duit daripada akaun KWSP.
"Sindiket akan mengenakan bayaran sama ada pendahuluan atau mengambil 30 hingga 40 peratus daripada pengeluaran yang akan dibuat. KWSP telah banyak membuat pendekatan menerusi media supaya memberi peringatan kepada pencarum supaya tidak tertipu dengan penipuan ini," katanya.
Terdahulu dalam ucapan, Shahril Ridza berkata program dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengetengahkan kepentingan celik kewangan dalam merangka pelan persaraan pencarum.
Beliau berkata program itu juga menjadi platform kepada anggota untuk menyemak penyata KWSP menerusi pasukan bergerak KWSP dan memperoleh nasihat secara percuma mengenai persaraan daripada pegawai khidmat persaraan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017
Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata ada pencarum dihampiri sindiket dan dijanjikan bahawa ada cara untuk mengeluarkan duit daripada KWSP.
Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya
Karnival Kerjaya sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara menerima sambutan menggalakkan sepanjang tiga hari ia berlangsung sejak Jumaat.
AWANI Borneo [05/05/2024] – Status Sarawak | Menjelang PRN | Penduduk Kampung Gas
AWANI Borneo Ahad, 5 Mei 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Jawatankuasa tentukan terminologi Sarawak berasaskan perlembagaan.
> Tambah keahlian Bersatu Sabah, perkukuh barisan hadapan.
> Penduduk Kampung Gas bakal dipindahkan ke PPRT tahun ini.
> Jawatankuasa tentukan terminologi Sarawak berasaskan perlembagaan.
> Tambah keahlian Bersatu Sabah, perkukuh barisan hadapan.
> Penduduk Kampung Gas bakal dipindahkan ke PPRT tahun ini.
Boling: Gillian, Hafiz rangkul kejuaraan pertama
Pemain boling wanita kebangsaan Gillian Lim mencipta sensasi apabila merangkul kejuaraan sulungnya di Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-42.
Bersatu tetap dengan pendirian enam ahli parlimen hilang kerusi
Sementara itu, Muhyiddin menegasan Bersatu tetap dengan pendirian bahawa enam ahli parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kerusi berdasarkan Pindaan Perlembagaan parti itu yang sudah diluluskan pendaftar pertubuhan (ROS).
Penduduk Kampung Gas bakal dipindahkan ke PPRT tahun ini
Penantian penduduk Kampung Gas, Batu Sapi selama enam tahun bakal berakhir selepas bakal menerima kediaman menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selewat-lewatnya tahun ini.
Bangunkan AI tingkatkan sosio ekonomi usahawan kecil
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata pihaknya dalam proses melihat peluang dan ruang untuk memperkenal teknologi terbaru dalam bidang teknologi dan terkini kecerdasan buatan (AI) yang akan membawa kesan positif kepada sosio-ekonomi rakyat.
Kursus aeroangkasa akan diperkenalkan di i-CATS
Kursus kejuruteraan aero angkasa akan diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak di Kolej Universiti (i-CATS)
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.
Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia - Mohd Zuki
Sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.
KPT bentang empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera di KEB 2024
KPT menggariskan empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bermula Khamis ini.