awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP fokus bina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2025
04:46 MYT
KWSP fokus bina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan
Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha membina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan menerusi empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringkasan AI
  • KWSP fokus bina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan melalui empat skim pengeluaran Covid-19 melibatkan 8.2 juta ahli.
  • Tiada pengeluaran baharu dirancang, sebaliknya struktur akaun KWSP telah dirombak kepada Akaun 1, 2 dan 3, dengan Akaun 3 bersifat fleksibel untuk kecemasan.
  • Skim bayaran pencen bulanan sedang dikaji untuk ahli baharu dan dijangka diluluskan dalam beberapa tahun; pencarum sedia ada boleh memilih untuk beralih.

Beliau berkata, pengeluaran tersebut melibatkan 8.2 juta pencarum melalui i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas.
"Oleh itu, tumpuan kini diberikan untuk mengukuhkan semula simpanan persaraan dan memastikan ahli menikmati pendapatan persaraan yang mampan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Mohd Hasbi Muda yang ingin mengetahui sama ada pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menghadapi usia pencen mereka.
Amir Hamzah berkata, kerajaan juga tidak berhasrat memperkenalkan pengeluaran baharu memandangkan struktur akaun KWSP telah dirombak semula dengan mewujudkan Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 serta Akaun 3 bersifat fleksibel bagi pengeluaran untuk kecemasan.
Katanya, KWSP juga sedang meneliti cadangan memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan untuk ahli baharu yang dijangka diluluskan dalam tempoh beberapa tahun akan datang manakala pencarum sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada skim tersebut.
"Skim ini masih dalam penelitian dan akan diluluskan mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi. Pencarum sedia ada boleh memilih untuk berganjak kepada skim ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Negara
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan