KWSP, JIM kongsi data lebih tepat, perkasa caruman pekerja bukan warganegara

KWSP dan Jabatan Imigresen Malaysia menyokong inisiatif caruman mandatori KWSP untuk pekerja bukan warganegara melalui integrasi sistem data yang selamat dan tepat.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini dapat berkongsi data secara lebih tepat dan selamat membabitkan Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Penggajian serta pas sah lain yang membenarkan pekerja asing bekerja di negara ini.
Ringkasan AI
- KWSP dan Jabatan Imigresen Malaysia menyokong inisiatif caruman mandatori KWSP untuk pekerja bukan warganegara melalui integrasi sistem data yang selamat dan tepat.
- Sebanyak 1.3 juta pekerja berjaya mencarum melalui kira-kira 60,000 majikan, menunjukkan permulaan positif dalam pematuhan majikan terhadap caruman mandatori.
- Kerjasama antara KWSP dan JIM meningkatkan keupayaan dalam mengesahkan status pekerja, memperkukuh ketelusan, dan memastikan pendaftaran pekerja bukan warganegara lebih cekap serta berdisiplin.
"Kerjasama ini antaranya dapat meningkatkan keupayaan penguatkuasaan seperti pengukuhan sistem dan aliran data yang membolehkan proses verifikasi dilaksanakan lebih cekap terutama dalam fasa pelaksanaan caruman mandatori KWSP yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas," menurut kenyataan itu.
KWSP memaklumkan setakat ini, sebanyak 1.3 juta pekerja telah berjaya mencarum melalui kira-kira 60,000 majikan, dan data itu menunjukkan permulaan positif dalam kalangan majikan yang patuh serta bertanggungjawab.
"Bagaimanapun, masih terdapat majikan yang gagal mematuhi keperluan caruman mandatori sekali gus menjejaskan perlindungan sosial pekerja bukan warganegara mereka," menurut kenyataan itu.
Menurut KWSP, majikan yang belum melaksanakan caruman diwajibkan berbuat demikian bagi mengelakkan penalti dan tindakan undang-undang.
Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata nota kerjasama itu dapat meningkatkan keupayaan KWSP dan JIM dalam mengesahkan status pekerja, memperkukuh ketelusan serta mempercepat pendaftaran pekerja bukan warganegara.
"Kerjasama ini menandakan satu langkah penting ke arah memastikan dasar negara dilaksanakan dengan lebih berdisiplin, berintegriti dan cemerlang dari segi operasi sekali gus memberikan manfaat jangka panjang kepada majikan, pekerja serta keseluruhan ekosistem penggajian," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hasil daripada pemeteraian nota kerjasama strategik antara KWSP dan JIM? A: Perkongsian data yang lebih tepat dan selamat berkaitan dengan Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Penggajian, dan pas sah bagi pekerja asing.
- Q: Berapakah jumlah pekerja yang telah mencarum melalui 60,000 majikan setakat ini? A: Sebanyak 1.3 juta pekerja telah berjaya mencarum melalui 60,000 majikan.
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap majikan yang gagal mematuhi keperluan caruman mandatori KWSP? A: Majikan yang gagal mematuhi keperluan caruman mandatori KWSP diwajibkan melaksanakannya bagi mengelakkan penalti dan tindakan undang-undang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

