Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah' adalah kaji selidik berdasarkan persepsi, ulas Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai, contohnya Indeks Transparency International," katanya menerusi catatan terbarunya dalam blog NajibRazak.com yang dimuat naik pada Ahad.

Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya.

"Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175?" soal Najib.

BACA: Kenapa tidak bangkitkan isu Altantuya 8 tahun yang lalu - Najib

BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu - Najib

BACA: 'Jambatan bengkok' tidak diteruskan kerana klausa Perjanjian Air Johor-Singapura


Najib turut menempelak pengkritiknya yang sebelum ini begitu lantang mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah yang tiba-tiba akur dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.

"Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai 'berat sebelah' apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu? Nampaknya di sini, ada berat sebelah," tambahnya.

BACA: UMNO berjaya tambah kerusi di bawah saya berbanding Pak Lah - Najib

BACA: Hasil memberangsangkan Program Transformasi adalah untuk rakyat

BACA: Jet rasmi bukannya untuk kemewahan - Najib

Sebelum ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya.

Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah.

Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.

Sementara itu, Bloomberg meletakkan Malaysia di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.

Bank Dunia menaikkan kedudukan negara daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks Ease of Doing Business.