LABUAN: Pulau bebas cukai, Labuan berpotensi menjadi Singapura kedua melalui perniagaan antarabangsa dengan sektor kewangan, industri minyak dan gas serta maritim yang berkembang pesat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Rithuan Ismail berkata kedudukan geografi Labuan yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan negara Asean lain akan menjadi kelebihan bagi pulau tersebut memberikan perkhidmatan sebagai destinasi ekonomi berdaya maju serantau pada masa hadapan.
"Perusahaan asing boleh menggunakan Labuan sebagai hab untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengembangkan perniagaan mereka memandangkan lokasinya yang strategik dalam Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA)," katanya pada majlis pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan di sini hari ini.
Labuan, sebagai pelabuhan bebas, mempunyai dasar mesra perniagaan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonominya.
Rithuan berkata Malaysia menyedari transformasi Labuan daripada hanya sebagai pulau bebas cukai, yang mana, kini menjadi syurga cukai, sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia (IBFC) serta sektor minyak dan gas, selepas dinaikkan menjadi wilayah persekutuan bersama Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 1984.
"Tetapi sebelum ia menjadi Singapura seterusnya, sebaiknya perlu diperhatikan ciri-ciri yang menyokong kejayaan negara kota itu," katanya.
Perniagaan Labuan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjadikan wilayah itu sebagai destinasi ekonomi yang menarik bagi pelaburan domestik dan asing.
"Untuk memajukan Labuan ke hadapan, kita semua mesti mengubah pemikiran kita... Ini kerana pemikiran adalah penting dalam semua usaha bagi membangunkan pulau Labuan kerana ia memberi kita arah bagaimana untuk mendekati isu-isu dan cabaran.
"Faktor paling penting untuk menjadi Singapura kedua adalah kemampuan memiliki sistem pemerintahan yang sangat cekap, dinamik dan telus serta mampu memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Rithuan berkata Labuan akan menyelesaikan pelbagai isu yang menghalangnya daripada menjadi wilayah persekutuan yang maju.
Sementara itu, beliau berkata fokus sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini adalah ke arah mementingkan kesejahteraan dan kebajikan warga Wilayah Persekutuan itu.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail (depan) menyempurnakan gimik pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2023 peringkat Labuan di Medan Selera hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

KPDN Labuan rampas 44,000 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lebih kurang 44,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stor di Jalan Mohd Salleh, hari ini.

Kampung, taman perumahan di Labuan terputus bekalan air akibat gangguan elektrik
Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan taman perumahan di Labuan terjejas teruk akibat terputus bekalan air sejak Isnin lepas setelah pam air utama rosak susulan gangguan bekalan elektrik.

3 nelayan terselamat selepas bot karam akibat bocor
Maritim Malaysia menyelamatkan tiga nelayan tempatan selepas bot mereka karam akibat bocor ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Kubong, Labuan semalam.

Saifful Pungot Ketua Pemuda UMNO Labuan baharu
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

KDCA minta kerajaan kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan
Ekonomi Labuan cergas pada masa lalu, ditambah pula dengan status bebas cukai yang merupakan antara tarikan utama pulau itu.

Jumlah kendalian kargo Labuan terjejas akibat dasar sifar COVID-19
Jumlah pengendalian kargo di Labuan terjejas akibat pelaksaan dasar sifar COVID-10 ketika pandemik, kata Presiden Persatuan Penghantar Kargo Labuan (LFFA) Prunella Phoong.

Pekerja penyelenggara jeti jatuh dalam laut ditemui lemas di Labuan
Pasukan penyelam bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian, menemukan mayat mangsa di kedalaman 16 meter.

Mohd Rafi Ketua UMNO Labuan baharu
Mohd Rafi, 45, turut mengisytiharkan bertanding bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.

KPDN pertimbang semak semula kuota minyak masak, telur ayam
Semakan semula itu mungkin perlu dilakukan bagi menangani isu kekurangan komoditi terbabit di pulau Labuan.

Empat pantai Labuan, santuari bagi penyu hijau
Trend pendaratan penyu di sekitar pulau itu didapati telah berubah dari taman laut ke pesisir pantai.