KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dinobatkan sebagai Lembaga Pelancongan Kerajaan Terkemuka Tahun Ini pada Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia (ATH) 2022-2023 atas usahanya menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia tersohor.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata pengiktirafan itu menyemarakkan lagi semangat organisasi itu untuk memanfaatkan segala peluang, bermatlamat memacu industri pelancongan di Langkawi.
"Kami sangat gembira menerima anugerah berprestij ini. Diiktiraf di hadapan rakan seperjuangan dan pemain industri merupakan satu motivasi kepada kami untuk terus berusaha demi menaikkan lagi Langkawi.
"Kami percaya kami berada di landasan yang betul dalam matlamat kami memastikan Langkawi menjadi destinati pelancongan utama di dunia," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, LADA menjangkakan pelbagai peluang untuk pembangunan perniagaan dan pelancongan selepas ini, antaranya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) yang akan berlangsung pada 23-27 Mei ini.
"Prospek tidak berakhir di situ kerana LADA akan turut menganjurkan edisi Routes Asia seterusnya pada Februari tahun depan. Kedua-dua acara ini akan menjadi platform dialog antara pemain industri bagi pembangunan perniagaan serta menjadi pemangkin untuk pemulihan ekonomi di pulau itu," menurut kenyataan tersebut.
Edisi sulung Anugerah ATH yang diadakan di Le Meridien, di sini, Jumaat, dianjurkan oleh TIN Media bersama Persatuan Sumber Manusia Hospitaliti Asia (AHHRA), adalah bagi meraikan semangat daya tahan dan kecemerlangan, mengiktiraf inovasi perniagaan dan penyumbang luar biasa industri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

LADA menjangkakan pelbagai peluang untuk pembangunan perniagaan dan pelancongan selepas ini, antaranya LIMA 2023 yang akan berlangsung pada 23-27 Mei ini. - Foto LADA

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

LADA dinobatkan Lembaga Pelancongan Kerajaan Terkemuka Anugerah ATH
Ia menyemarakkan lagi semangat LADA untuk memanfaatkan segala peluang, bermatlamat memacu industri pelancongan di Langkawi.

MAHB bersama Tourism Malaysia dan LADA jadi tuan rumah Routes Asia 2024
Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah acara itu pada 2021 tetapi terpaksa dijadualkan semula kerana pandemik COVID-19.

Johor akan paten motif tumbuhan gambir dan lada hitam sebagai hak eksklusif
Johor akan mempatenkan motif tumbuhan gambir dan lada hitam yang diabadikan dalam beberapa lambang Diraja Johor dan Jata, sebagai hak eksklusif negeri itu.

Pekebun kecil sawit digalak ceburi sektor koko, lada
Projek integrasi itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat.

'Best Wey' slogan baharu tarik golongan belia melancong ke Langkawi
Slogan yang lebih dinamik dan menarik ini diharap dapat menaikkan semangat mengembara dalam kalangan Gen-Z dan Millennial.

LADA yakin sasaran 2.5 juta pengunjung ke Langkawi tercapai
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yakin sasaran yang ditetapkan bagi kemasukan pengunjung ke Langkawi pada tahun 2022 iaitu sebanyak 2.5 juta orang mampu dicapai.

KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.

Kerajaan Sarawak diharap peruntukkan lebih banyak kawasan untuk penanaman lada - Zuraida
Katanya, Sarawak mempunyai tanah yang luas, mampu menampung permintaan bekalan lada yang meningkat ketika ini.

89,000 pengunjung masuk ke Langkawi pada lapan hari pertama bulan Jun- LADA
Jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi adalah sekitar 89,000 orang atau purata 11,000 sehari, sepanjang lapan hari pertama bulan Jun tahun ini.

Pajakan tanah Tun M di Langkawi tamat pada 2018 - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perjanjian itu ditamatkan atas permohonan Dr Mahathir sendiri yang dilakukan secara sukarela.