BENTONG : Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang vila mereka, di Kampung Sum Sum, Janda Baik, di sini.
Dalam serbuan pertama pada Sabtu lalu, polis menahan diplomat berusia 78 tahun itu selepas polis menemui 102 pokok ganja pelbagai saiz setinggi dua meter di kawasan rumahnya, seluas 5,000 meter persegi, yang dianggarkan RM61,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan kira-kira pukul 6 petang itu dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai.
"Polis turut menemui dua botol berisi cecair dipercayai minyak ganja yang dijual dengan harga RM250 sebotol dan 1.2 kilogram (kg) daun ganja kering. Saya rasa ini mungkin rampasan terbesar di Malaysia, melibatkan kes semaian atau tanaman yang hasilnya dijadikan minyak bagi kegunaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ramli Mohamed berkata, susulan penahanan diplomat itu, beliau berkata, polis kemudian menahan anak lelakinya yang berusia 53 tahun, kira-kira pukul 5.30 petang di rumahnya di Shah Alam, Selangor, pada Isnin kerana dipercayai turut terlibat menanam ganja.
Beliau memaklumkan, ujian saringan air kencing anak lelaki itu mendapati dia positif dadah.
"Semasa soal siasat salah seorang suspek mendedahkan aktiviti penggunaan beberapa titik cecair disyaki minyak ganja yang dicampur ke dalam minuman oleh pengguna, sejak tiga tahun lalu," jelasnya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ladang ganja itu diusahakan sejak 2015 manakala benih semaian itu dkatakan diambil daripada ganja mampat.
Beliau memberitahu, bekas diplomat itu kini direman tujuh hari manakala permohonan reman terhadap anaknya akan dibuat pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.
Jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Astro Awani
Tue May 24 2022
Ramli Mohamed Yoosuf tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan. - Foto tangkapan layar Astro AWANI
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan
Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang rumah mereka, di Janda Baik, Pahang.