BENTONG : Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang vila mereka, di Kampung Sum Sum, Janda Baik, di sini.
Dalam serbuan pertama pada Sabtu lalu, polis menahan diplomat berusia 78 tahun itu selepas polis menemui 102 pokok ganja pelbagai saiz setinggi dua meter di kawasan rumahnya, seluas 5,000 meter persegi, yang dianggarkan RM61,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan kira-kira pukul 6 petang itu dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai.
"Polis turut menemui dua botol berisi cecair dipercayai minyak ganja yang dijual dengan harga RM250 sebotol dan 1.2 kilogram (kg) daun ganja kering. Saya rasa ini mungkin rampasan terbesar di Malaysia, melibatkan kes semaian atau tanaman yang hasilnya dijadikan minyak bagi kegunaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ramli Mohamed berkata, susulan penahanan diplomat itu, beliau berkata, polis kemudian menahan anak lelakinya yang berusia 53 tahun, kira-kira pukul 5.30 petang di rumahnya di Shah Alam, Selangor, pada Isnin kerana dipercayai turut terlibat menanam ganja.
Beliau memaklumkan, ujian saringan air kencing anak lelaki itu mendapati dia positif dadah.
"Semasa soal siasat salah seorang suspek mendedahkan aktiviti penggunaan beberapa titik cecair disyaki minyak ganja yang dicampur ke dalam minuman oleh pengguna, sejak tiga tahun lalu," jelasnya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ladang ganja itu diusahakan sejak 2015 manakala benih semaian itu dkatakan diambil daripada ganja mampat.
Beliau memberitahu, bekas diplomat itu kini direman tujuh hari manakala permohonan reman terhadap anaknya akan dibuat pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.
Jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Astro Awani
Tue May 24 2022

Ramli Mohamed Yoosuf tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan. - Foto tangkapan layar Astro AWANI

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan
Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang rumah mereka, di Janda Baik, Pahang.