Skip to main content

Malaysia

Lagi 30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumi

51435546576_ROHINGYAFUNERAL.jpg
Kesemua 30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya di Kem Wang Kelian, Perlis selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang di Jabi, Pokok Sena, Kedah kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Proses pengebumian fasa kedua ini membabitkan sejumlah 28 jenazah lelaki dan wanita sekaligus menjadikan baki jenazah yang masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebanyak 55.

Kesemua jenazah yang dibawa dengan trak polis dari HSB tiba di tapak perkuburan itu tepat  jam 4 pagi.

Jenazah itu kemudiannya disemadikan di satu liang lahad.

Bagaimanapun, jenazah wanita diasingkan mengikut nombor rujukan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Difahamkan, pengurusan jenazah dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bersama MKN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, proses pengebumian kesemua jenazah itu turut disaksi kira-kira 20 warga Rohingya.


Advertisement

Must Watch Video