awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2024
05:30 MYT
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
Pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL membuat tindakan penguatkuasaan sita di Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Sitaan dilakukan Jabatan Penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam usaha mengekang penjaja warga asing tidak berlesen menjalankan sebarang aktiviti penjajaan.
DBKL memaklumkan, pihaknya mengambil tindakan susulan video tular di media sosial pada petang Ahad yang menunjukkan aktiviti penjajaan dilakukan warga Bangladesh di sekitar Jalan Silang.
"Pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah hadir di lokasi berkenaan dan membuat tindakan penguatkuasaan sita, juga pindah halangan serta merta ke atas tujuh penjaja warga asing.
"Mereka menjual sireh, makanan, pakaian terpakai tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook PBT terbabit.
Sebelum itu, pada tengah hari, pasukan penguat kuasa DBKL telah membuat rutin pemantauan dan tindakan terhadap satu lagi penjaja warga negara sama yang menjual sireh di jalan berkenaan.
Tindakan diambil mengikut kesalahan Undang-undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
DBKL menambah, barangan yang disita kemudiannya dipindahkan ke stor sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#penjaja warga asing
#Jalan Silang
#Lebuh Pudu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan