Skip to main content

Malaysia

Lagi individu disiasat MCMC, sebar berita palsu diesel ke Filipina

MCMC merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. - Foto MCMC
MCMC merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. - Foto MCMC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, individu berkenaan hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya dengan ditemani peguam bagi memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

"Dalam masa sama, MCMC turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan.

"Tindakan itu diambil mengikut peruntukan Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," kata MCMC.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital bagi menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

"Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam," ujarnya. 

Must Watch Video