SHAH ALAM: Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6 di sini disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata siasatan awal dijalankan terdapat pemalsuan tandatangan Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 tersebut.

“Siasatan mendapati pemalsuan tandatangan itu milik Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam di media sosial dengan bertandatangan dan bercop Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6.

Berita asal: Borang rentas negeri bertandatangan palsu

Terdahulu, pada Rabu, tular di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai dengan ayat 'Dapat info terbaharu ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.

Kes melibatkan seorang wanita yang mahu merentas negeri ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga kerja yang dijadualkan pada 8 April.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

BACA: Polis siasat borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani

Siasatan | Polis siasat salah guna borang rentas negeri