awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi pegawai dipanggil Majlis Penasihat Kerajaan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/05/2018
09:09 MYT
Lagi pegawai dipanggil Majlis Penasihat Kerajaan
Timbalan Setiausaha Bahagian (Sektor Komersial), Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Datin Rashidah Mohd Sies keluar dari Menara Ilham selepas taklimat dengan Majlis Penasihat Kerajaan.
Majlis Penasihat Kerajaan hari ini memanggil beberapa pegawai serta ketua-ketua syarikat milik kerajaan di Menara Ilham, di ibu negara pagi ini.
Sesi taklimat itu bermula jam 10.30 pagi di tingkat 60 menara tersebut.
Individu yang terlibat memberi taklimat ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Asri Hamidon dan Timbalan Setiausaha Bahagian (Sektor Komersial), Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Datin Rashidah Mohd Sies.
Turut memberi taklimat Presiden Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Pengusaha- Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Datuk Seri Sabin Samitah.
Pihak media cuba mendapatkan komen mereka berhubung intipati taklimat, namun kesemuanya enggan memberikan sebarang kenyataan.
Minggu lepas, Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil FELDA dan FELCRA di Menara Ilham.
Turut dipanggil, pegawai kanan pengurusan projek rel mega dan pegawai kerajaan berkaitan dan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga Pengerusi 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#CEO
#Cuba
#Felda
#GLC
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#LHDN
#Majlis Penasihat Kerajaan
#Media
#menteri
#minyak
#pelaburan
#Petronas
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan