KUALA TERENGGANU: Seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kapas, di Marang pada pukul 11 pagi tadi, menjadikannya kematian ke-10 direkodkan di Terengganu sejak 3 Jan lepas.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.
"Bangkai haiwan itu telah ditanam di Pulau Kapas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kematian penyu pertama dilaporkan di Terengganu pada tahun ini ialah pada 3 Jan di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, diikuti dua penyu agar betina dewasa di dua lokasi berasingan iaitu di Pelabuhan Chendering, di sini dan Pantai Seberang Takir, di Kuala Nerus pada 12 Jan.
Kematian keempat dan kelima pula dilaporkan serentak pada 13 Jan, juga di dua lokasi berasingan iaitu anak penyu agar di Pulau Kerengga, Marang dan penyu agar jantan dewasa di Paka.
PENYU-MATI 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Seterusnya, kes kematian keenam dan ketujuh berlaku di Pantai Batu Buruk, di sini dan Pantai Seberang Takir, di Kuala Nerus melibatkan dua penyu agar jantan dewasa pada 14 Jan, manakala kematian kelapan berlaku pada 18 Jan di Kijal dan kematian kesembilan dilaporkan pada 20 Jan di Pantai Kemasik.
Beliau menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi hotline 'Fishcom' di talian 03-88885019 atau 03-88704058 yang beroperasi 24 jam, sekiranya menemukan penyu hidup atau mati terdampar di pantai.
Sementara itu, aktivis pemuliharaan penyu Rani Awang, 56, berkata siasatan terperinci perlu dilakukan Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti punca kematian haiwan itu yang berlaku berturut-turut dalam tempoh singkat.
"Banyak program pemuliharaan penyu telah dilakukan sebelum ini termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) demi memastikan kelestarian khazanah marin itu dan ia terbukti berjaya berdasarkan data pelepasan anak penyu yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Namun, agak malang apabila kadar kematiannya di laut turut meningkat dan kami golongan aktivis mahu ia disiasat secara serius agar dapat mencegahnya daripada terus berulang," katanya yang mengasaskan Konservasi Penyu Marang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

Seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kapas, di Marang pada pukul 11 pagi tadi, menjadikannya kematian ke-10 direkodkan di Terengganu sejak 3 Jan lepas. - Gambar fail/BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Empat penemuan anak penyu berkepala dua
Setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.

Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.

Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat
Terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.

Penyu agar betina ditemui mati di perairan Pulau Kapas, dipercayai dibunuh
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.

Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini
Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.

Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.

Lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.

Anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu
Seekor anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu di sini hari ini, dalam keadaan lemah.

Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Suri rumah yang menemukan bangkai penyu tersebut berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu.

Lagi penyu agar ditemukan mati di Terengganu
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.