Skip to main content

Malaysia

Lagu tempatan perlu diberi ruang lebih meluas di stesen radio - Fahmi

Bertemu wakil Malaysian Indian Recording Artist Association (MINDRAA) di Angkasapuri bagi membincangkan soal pemerkasaan muzik tempatan, khususnya ruang dan sokongan yang perlu terus diperkukuh di stesen-stesen radio.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Malaysia mempunyai ramai artis tempatan yang berbakat dan hasil karya berkualiti. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti dengan lebih serius kaedah untuk membantu lagu-lagu tempatan agar diberikan ruang lebih meluas di stesen-stesen radio termasuk di stesen yang menyiarkan lagu dalam bahasa Tamil, Cina dan Inggeris, berbanding lagu luar negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Malaysia mempunyai ramai artis tempatan yang berbakat dan hasil karya berkualiti.

Pada masa sama, beliau berkata pelbagai bentuk sokongan juga telah disalurkan, termasuk geran kepada penggiat seni serta pentas seperti acara R!UH yang banyak menampilkan bakat Malaysia.

“Industri muzik tempatan hanya akan terus berkembang jika ekosistemnya bergerak seiring bersama penciptaan karya, siaran, promosi dan sokongan berterusan kepada artis tempatan,” katanya.

Fahmi berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan wakil Persatuan Artis-Artis Rakaman India Malaysia (MINDRAA) di Angkasapuri di sini, yang menyentuh mengenai pemerkasaan muzik tempatan, khususnya ruang dan sokongan yang perlu terus diperkukuh di stesen-stesen radio.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement