NATIONAL
Laksanakan penjadualan pergerakan kenderaan, elak kemalangan hidupan liar waktu malam - Penganalisis

Satu insiden menyayat hati melibatkan seekor ibu gajah dan anaknya tular di media sosial selepas rakaman menunjukkan ibu gajah tersebut berulang kali cuba menolak sebuah lori untuk menyelamatkan anaknya. - Foto X/@mynewshub
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan jadual pergerakan kenderaan di kawasan titik panas kemalangan membabitkan hidupan liar wajar dipertimbangkan.
Ringkasan AI
- Langkah segera tanpa kos: Penjadualan pergerakan kenderaan di kawasan sensitif seperti Lebuhraya Timur-Barat boleh dilakukan segera tanpa implikasi kewangan, walaupun mungkin ada kos di kemudian hari.Pemanduan bukan hanya kelajuan: Kemalangan dengan hidupan liar bukan hanya disebabkan oleh pemanduan laju; pemanduan pada kelajuan minimum juga boleh menyebabkan kemalangan.Pengurangan risiko konflik: Mengelakkan pergerakan kenderaan di kawasan titik panas lintasan hidupan liar, khususnya pada waktu malam, boleh mengurangkan risiko konflik antara manusia dan hidupan liar.
"Terutamanya di kawasan-kawasan yang sensitif seperti Lebuhraya Timur-Barat dan laluan-laluan lain yang dikenalpasti sebagai titik panas bagi kemalangan melibatkan hidupan liar. Kita perlu lihat keperluan segera penjadualan kenderaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Jelas Muhammad Abdul Latif, isu berkenaan pergerakaan kenderaan bukan semata-mata melibatkan pemanduan laju. Menurutnya, pemanduan pada kelajuan minimum juga boleh menyebabkan kemalangan dengan hidupan liar.
Oleh itu, memastikan kawasan titik panas lintasan hidupan liar ini bebas kenderaan khususnya pada waktu malam boleh mengurangkan risiko konflik manusia - hidupan liar.
“Saya sendiri pernah alami kemalangan melibatkan lembu di jalan Taman Negara. Saya pandu pada kelajuan 40 kilometer sejam di selekoh dan saya tidak mampu mengelak. Bayangkan kelajuan yang lebih daripada itu,” ujarnya.
Kematian seekor anak gajah akibat dilanggar sebuah lori 10 tan yang membawa muatan ayam di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) berhampiran sempadan Gerik, Perak - Jeli, Kelantan pada 11 Mei telah mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk reaksi menyayat hati ibu gajah berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami