KOTA KINABALU: Ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan perlu memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat mendapat manfaatnya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.
Menurutnya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat selain meningkatkan kos pelaksanaan.
"Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk 'touch points'. Semua agensi hendaklah cuba untuk memudahkan semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya,".
Katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022, pada Jumaat.
Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program atau projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.
Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu menggandakan pemanduan, menggariskan pelan tindakan dan strategi mantap.
Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022.
"Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Kumpulan Sasar (focus group) Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kumpulan Sasar Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah," katanya lagi.
Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.
“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut," tegasnya.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Mar 04 2022
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kelewatan projek Pan Borneo Sabah, disebabkan masalah pengambilan tanah - Ahmad Maslan
Ahmad berkata tindakan pemilik tanah enggan berkerjasama serta membawa isu berkenaan ke mahkamah menyebabkan projek LPB tertangguh.
Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC
PAC mendapati pelaksanaan pelan mobilisasi Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM belum mencapai tahap yang signifikan.
Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP alami kelewatan 143 hari - Nik Nazmi
Kelewatan itu antaranya disebabkan masalah berkaitan keperluan utiliti dan bahan binaan dan kekurangan pekerja mahir.
KKM siasat kelewatan fasa dua Hospital Papar, tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian berhubung kelewatan projek fasa dua Hospital Papar yang dijadualkan siap pada tahun lepas.
Dr Subramaniam dedah ada lima hingga enam hospital 'sakit'
Hospital-hospital itu kini ada yang 'sedikit sakit' dan ada yang sangat 'sakit' dan sedang dalam proses 'rawatan'.