awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan di LKSA dibuka semula kepada pengguna

Bernama
Bernama
20/12/2021
05:23 MYT
Laluan di LKSA dibuka semula kepada pengguna
Laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju ke Kota Kemuning masih lagi ditutup. - Foto Prolintas
KUALA LUMPUR: Laluan di kedua-dua arah Kilometer 4.1, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dibuka semula kepada pengguna lebuh raya bermula 5.39 pagi tadi setelah ditutup akibat banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, Selangor.
Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd, iaitu syarikat pengendali lebuh raya berkenaan bagaimanapun memaklumkan laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju ke Kota Kemuning masih lagi ditutup.
"Laluan tersebut hanya akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Bagi membantu memastikan aliran trafik berjalan lancar, LKSA telah menempatkan pasukan peronda dan pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran serta arahan pihak berkuasa yang berada di situ.
Orang ramai boleh mendapatkan kemas kini mengenai status trafik menerusi sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS), platform media sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan laman Facebook PROLINTAS Highways atau dengan menghubungi talian bebas tol di 1-3008-82801.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#LKSA
#dibuka
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan