awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan ke Amber Court Genting Highlands terhalang akibat tanah runtuh

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2019
13:04 MYT
Laluan ke Amber Court Genting Highlands terhalang akibat tanah runtuh
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5.40 petang Selasa.
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di laluan menuju kediaman Amber Court di Genting Highlands, sekali gus membuatkan kekangan lalu lintas.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 5.40 petang Selasa.
"Pihak bomba terima panggilan pada jam 5.40 petang dan setibanya di tempat kejadian, pihak kami mendapati berlakunya kejadian tanah runtuh.
"Kejadian tanah runtuh itu telah menyebabkan jalan dua hala terputus antara Jalan Amber Court dan jalan menuju ke Hotel Grand Ion D'Elemen.
"Setakat ini pihak kami sedang melakukan kerja-kerja pembahagian jalan dan jalan buat pejalan kaki," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Jelasnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
"Untuk makluman, jalan yang terlibat tidak terjejas dengan kawasan pelancongan Genting Highlands.
Foto: Astro AWANI/Raja Hisyam Raja Zaid
Foto: Astro AWANI/Raja Hisyam Raja Zaid
"Kami juga memohon agar orang ramai dan penginap hotel tersebut untuk memberikan sedikit masa buat pihak kami melakukan kerja-kerja pembahagian jalan.
"Pihak kami menjangkakan akan memakan masa selama dua jam untuk melakukan pembahagian jalan bagi memastikan orang awam dapat melalui jalan tersebut untuk menuju destinasi masing-masing," ujarnya.
Anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam kini bertungkus lumus melakukan kerja pembersihan di lokasi tanah runtuh di Genting Highlands.@501Awani pic.twitter.com/rkC4LK7GvK
— rajahisyam (@RajaHisyam79) November 5, 2019
Sementara itu, Komander Operasi, Yusry Abdullah Sani mengesahkan rakaman video tular yang menunjukkan detik cemas gelongsoran tanah di hadapan sebuah bas, berlaku di laluan ke Amber Court, Genting Highlands pada petang Selasa.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#grand ion delemen
#Jalan Amber Court
#Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands
#tanah runtuh
#Yusry Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan