awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/08/2022
14:36 MYT
Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Fadillah (dua dari kanan) berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup untuk membantu usaha konservasi hidupan liar di CFS. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LIPIS: Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar atau eco viaduct di Sungai Yu di Lebuhraya Central Spine Road (CSR) di Lipis, Pahang akan ditutup sepenuhnya.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.
Katanya, ia bertujuan membantu usaha konservasi hidupan liar di Koridor Central Forest Spine (CFS) yang menjadi tumpuan pemburu haram.
“Apabila kita membina Central Spine Road (CSR) dulu, Jabatan Perhilitan memaklumkan bahawa ini adalah kawasan hidupan liar dan disebabkan itu laluan ini perlu diadakan kaedah viaduct.
“Kaedah ini maknanya supaya haiwan ini bebas lalu-lalang tanpa menjejaskan pengguna lebuh raya.
“Namun, apabila dikatakan terdapat kegiatan pemburuan haram di sini, Kerajaan Negeri Pahang meminta Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya pertimbangkan untuk menutup terus laluan di bawah ini.
“Jadi, kawasan itu selepas ini hanya khas untuk haiwan liar sahaja (kenderaan tidak boleh melaluinya)," katanya ketika membuat tinjauan di Jalan Central Spine Gua Musang – Kuala Krai pada Khamis.
Mengulas lanjut katanya, cadangan itu sebagai memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Pahang seperti dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang.
“Ini bagi tujuan konservasi hidupan liar yang mana antara haiwan yang dikenal pasti di kawasan berkenaan adalah gajah, harimau, tapir dan babi hutan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, kerajaan membelanjakan kos kira-kira RM60 juta bagi membina tiga jambatan hidupan liar (Eco-Bridge) di Lembah Sungai Yu yang mana projek itu merupakan pakej ketiga yang diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula dari Merapoh ke Simpang Pelangai, Bentong.
Menerusi projek tersebut, kerajaan memberi perhatian khusus terhadap aspek pemuliharaan hidupan liar dan projek itu menjadi laluan utama haiwan liar antara Taman Negara Kuala Tahan di sebelah timur dengan Banjaran Titiwangsa di sebelah barat.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#eco viaduct sungai yu
#lipis
#pemburu haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan