awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman sesawang berkaitan cabutan bertuah Petronas adalah palsu - Bukit Aman

Bernama
Bernama
22/04/2022
20:20 MYT
Laman sesawang berkaitan cabutan bertuah Petronas adalah palsu - Bukit Aman
Mohd Kamarudin menasihati orang ramai untuk tidak melayari kandungan laman sesawang yang tular itu kerana dipercayai ia turut mengandungi 'trojan/malware' - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah mengesan satu pautan palsu berkaitan cabutan bertuah yang kononnya dianjurkan pihak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Pengarah JSJK Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pautan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp itu ialah https://thursdaystagnation.top/petronas-gf/tb.php?oiesclfi1650589983456, yang jika ditekan akan membawa pengguna ke laman web yang dipercayai sebagai 'phishing website'.
"Setelah menekan pautan itu, pengguna akan diminta untuk menjawab empat soalan kaji selidik ringkas yang dipercayai direka bagi tujuan mendapatkan data pengguna (phishing)," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Kamarudin berkata setelah selesai menjawab kesemua soalan, pengguna dikehendaki menghantar pautan itu kepada 20 orang yang lain dan semakan lanjut mendapati, laman sesawang berkenaan adalah palsu dan tiada sebarang kaitan dengan pihak Petronas.
Sebagai langkah pencegahan Mohd Kamarudin menasihati orang ramai untuk tidak melayari kandungan laman sesawang berkenaan kerana dipercayai ia turut mengandungi 'trojan/malware' yang boleh membahayakan data yang tersimpan di peranti milik pengguna.
Bagi sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCD Scam Response Center dengan menelefon 03-26101559 atau 03-26101599.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#cabutan bertuah
#phishing website
#Mohd Kamarudin Md Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan