KUALA LUMPUR: Sebuah laman web dikenali sebagai 'Memorial COVID-19 Malaysia' dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat COVID-19.
Inisiatif oleh sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama itu boleh dilayari menerusi http://c19memorial.my dan ia menyiarkan gambar dan info mengenai arwah atau mendiang yang diperoleh daripada perkongsian waris atau keluarga mangsa melalui laman web yang dihebahkan mulai 31 Ogos lepas.
"Data juga diambil dan dikumpul melalui berita yang dilaporkan media tempatan serta status posting awam di media sosial.
"Selain itu, laman web ini juga menyediakan rujukan bantuan bagi kesihatan mental serta pautan kepada agensi-agensi yang menawarkan bantuan menghadapi pandemik ini. Justeru, tanggal 19 hari bulan setiap bulan ditetapkan sebagai hari peringati mangsa COVID-19," menurut Pasukan sukarelawan berkenaan dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, inisiatif bagi membangunkan laman web berkenaan bermula daripada satu tweet pemilik akaun twitter Aidila Razak pada 6 Ogos lepas yang menyuarakan idea membangunkan memorial bagi angka kematian COVID-19 yang ketika itu mencecah 10,000 orang.
"Lebih daripada 12 orang individu menawarkan diri dan perbincangan pertama kali diadakan secara dalam talian pada 10 Ogos lepas.
"Meskipun baharu berkenalan, namun perbincangan dan kerjasama sepanjang pembangunan memorial berjalan lancar kerana setiap sukarelawan yang terlibat bersemangat tinggi dan mempunyai sesuatu yang boleh ditawarkan sama ada kemahiran dalam aspek teknikal pembangunan laman web, reka bentuk grafik, pengumpulan data, penulisan, terjemahan dan editorial, serta pengurusan media sosial," kata pasukan sukarelawan itu.
Pembangunan laman web tersebut turut mendapat khidmat nasihat daripada Bolehspace iaitu satu kumpulan yang aktif memperjuangkan isu kebolehcapaian yang saksama kepada golongan Orang Kurang Upaya.
"Kami berusaha sedaya upaya supaya laman web ini dapat diakses semua golongan. Hasilnya, memorial ini berjaya menawarkan pilihan paparan mesra disleksia, teks alternatif serta penetapan paparan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan," menurut pasukan itu.
Rakyat Malaysia juga dialu-alukan berkongsi cerita bersama orang tersayang pada tanggal ini melalui media sosial masing-masing dengan menggunakan #c19memorialmy dan tag covid19memorialmy.
Sebarang komen dan penambahbaikan boleh dihantar kepada pihaknya menerusi e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Rakyat Malaysia juga dialu-alukan berkongsi cerita bersama orang tersayang pada tanggal ini melalui media sosial masing-masing dengan menggunakan #c19memorialmy dan tag covid19memorialmy. - Foto c19memorial
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Laman web 'Memorial COVID-19 Malaysia' dibangunkan kenang mangsa terkorban
Sebuah laman web dikenali sebagai 'Memorial COVID-19 Malaysia' dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat COVID-19.