awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landasan 'Runway 3' di KLIA akan dinaik taraf bermula esok - MAHB

Bernama
Bernama
01/10/2019
15:50 MYT
Landasan 'Runway 3' di KLIA akan dinaik taraf bermula esok - MAHB
Raja Azmi berkata Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam, bagi tempoh sembilan bulan setengah akan datang sehingga 15 Julai, 2020. - Foto BERNAMA
Landasan 'Runway 3' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini akan menjalani proses pembaikan bermula esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin.
Dalam satu kenyataan hari ini katanya, sebagaimana yang diumumkan pada bulan September tahun lepas, kerja-kerja pembaikan akan dibuat mengikut perancangan yang telah diperjelaskan dalam Pelan Induk Kelangsungan Landasan lapangan terbang itu.
Beliau berkata Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam, bagi tempoh sembilan bulan setengah akan datang sehingga 15 Julai, 2020.
"Pasukan kami telah mengambil semua langkah yang perlu untuk memaklumkan semua pihak yang terlibat sebelum ini khususnya rakan-rakan syarikat penerbangan bagi memastikan perjalanan para penumpang berjalan lancar sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan, di samping memastikan operasi dan pengurusan syarikat-syarikat penerbangan tidak terjejas," katanya.
Katanya, aktiviti pembaikan itu melibatkan penurapan permukaan landasan untuk mengatasi masalah pada masa hadapan seperti kekasaran penurapan lapangan terbang yang dikesan menerusi analisis Indeks Boeing Bump yang dilakukan tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#pembaikan bermula
#Raja Azmi Raja Nazuddin
#Runway 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan