awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2024
04:40 MYT
Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes langgar anggota polis trafik. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin membenarkan reman selama empat hari terhadap pemandu mabuk yang melanggar anggota polis trafik di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini semalam.
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.
Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 44 (1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol.
Pada Ahad, seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera parah dilanggar seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.05 pagi semasa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan itu sedang mengawal aliran trafik sejurus berlaku satu kemalangan.
"Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
"Semasa proses penundaan sedang dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda," katanya
Katanya, akibat kemalangan tersebut mangsa, 30-an tercampak atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan sebelum melambung dan terjatuh tengah jalan.
Mangsa ujarnya, mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri, luka di muka dan dagu selain luka bahagian tangan kanan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#reman
#langgar polis trafik
#Mahkamah Majistret Johor Bahru
#pemandu mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan