awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar lari: Pemandu MPV buat laporan polis di IPD Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/10/2021
04:40 MYT
Langgar lari: Pemandu MPV buat laporan polis di IPD Ipoh
Mior Faridalathrash berkata, kemalangan telah menyebabkan penghantar makanan mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku. - Gambar fail
IPOH: Pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari ke atas seorang penghantar makanan di hadapan Balai Polis Tambun, dekat sini, pagi semalam, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi di Jalan Ampang - Tambun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu MPV berusia 48 tahun mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan, lalu menghimpit dan melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang penghantar makanan.
Ia menyebabkan penghantar makanan berusia 34 tahun itu terjatuh.
“Pemandu kenderaan kemudian terus melarikan diri sejurus kemalangan berlaku.
"Bagaimanapun, dia telah hadir di IPD Ipoh pada hari yang sama untuk membuat laporan berkenaan kemalangan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kemalangan tersebut telah menyebabkan penghantar makanan mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai, yang boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan kali pertama.
Mior Faridalathrash berkata, pesalah juga boleh dikenakan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM15,000 dan boleh juga dipenjara sehingga setahun dan hilang kelayakan lesen memandu, bagi sabitan seterusnya.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya, lebih-lebih lagi dengan kelonggaran untuk melakukan perjalanan.
Terdahulu, tular video di media sosial seorang pemandu MPV melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang penghantar makanan.
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#Mior Faridalathrash Wahid
#langgar lari
#Balai Polis Tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan