awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/01/2021
09:39 MYT
Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA:Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas setelah melanggar lubang di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara berhampiran pusat beli belah The Curve di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, mangsa, Hew Yoong Le, 31, yang berkhidmat dengan syarikat Grabfood itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.
"Pembantu perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Nik Ezanee memberitahu, bedah siasat ke atas mangsa yang beralamat Kampung Chempaka itu akan dilakukan selepas keputusan saringan COVID-19 diperolehi.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.
Katanya, siasatan kes tersebut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, kejadian sama berlaku apabila seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas setelah melanggar lubang di jalan menghala pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada awal pagi.
Topic Berkaitan
#lubang jalan
#Grabfood
#Terbunuh
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Kementerian Pengangkutan
#Kementerian Kerja Raya
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan