awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar pos pengawal: Penjawat awam mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2023
04:59 MYT
Langgar pos pengawal: Penjawat awam mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk
Jazvinjit Singh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, minggu lalu. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di hadapan pos pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh minggu lalu.
Jazvinjit Singh Ranjit Singh, 30, yang bertugas di sebuah hospital dekat sini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta jenis Honda Civic dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Selepas ujian nafas dijalankan, didapati dalam badan tertuduh mengandungi sebanyak 167 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah iaitu lebih 117 miligram daripada had ditetapkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Lapangan Terbang Off Jalan Angsana, hadapan Pos Pengawal PLPGU Ipoh lebih kurang jam 12.10 malam pada 17 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM30,000.
Jika sabit kesalahan, tertuduh juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya NM Moganaraj Mithra manakala tertuduh diwakili Peguam Ranjit Singh Sandhu.
Majistret kemudian membenarkan ikat jamin RM7,000 terhadap tertuduh oleh seorang penjamin selain syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat sekali sebulan.
Mahkamah turut menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Polis sebelum ini menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan dikesan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sebelum melanggar penghadang jalan berhampiran pos pengawal PLPGU Ipoh.
Lelaki itu turut dilapor bertindak agresif apabila mengamuk dan memukul dua anggota polis hingga mendatangkan kecederaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#memandu dalam keadaan mabuk
#Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara
#penghadang jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan