awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP, operator pusat hiburan di Bintulu berdepan tindakan - Tiong

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
07:35 MYT
Langgar SOP, operator pusat hiburan di Bintulu berdepan tindakan - Tiong
Katanya banyak aduan daripada orang ramai diterima terhadap premis terlibat dan terdapat beberapa kes positif COVID-19 turut dikesan di premis-premis ini. Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyelar tindakan pengusaha premis hiburan di Bintulu yang bertindak melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan.
Ujarnya, mereka hanya dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam dan tidak boleh melepasi had waktu yang ditetapkan.
Malah banyak aduan daripada orang ramai diterima terhadap premis terlibat dan terdapat beberapa kes positif COVID-19 turut dikesan di premis-premis ini.
“Kesemua pengusaha premis ini tidak memperdulikan situasi sebenar tahap penularan COVID-19 di daerah ini dan tidak mahu mematuhi SOP yang digariskan oleh pihak berkuasa.
“Justeru saya menggesa semua pengusaha perniagaan di Bintulu untuk patuh kepada SOP digariskan seterusnya memberi kerjasama yang tinggi dalam mencegah penularan COVID-19.
“Sekiranya mereka terus ingkar, mereka seharusnya berdepan tindakan sewajarnya dan saya akan meminta pihak polis untuk menyiasat sewaktu melakukan rondaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, sekiranya pengusaha gagal mematuhi SOP digariskan, lesen perniagaan mereka boleh digantung atau dibatalkan.
“Tiada siapa yang boleh merasa selesa dengan tahap penularan COVID-19 ketika ini dan dengan mengamalkan SOP yang ketat sahaja mampu membolehkan kita menghindari wabak ini.
“Pengusaha premis yang terus “memberontak” ini perlu berfikiran jauh ke hadapan. Kita perlu memastikan segalanya kembali pulih dan ketika itulah keadaan akan kembali seperti sediakala," tambahnya.
Selain itu, Tiong juga mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasa di Sarawak ketika ini sehingga 26 April 2021.
Topic Berkaitan
#premis hiburan Bintulu
#kes COVID-19 Sarawak
#kes terkini di Bintulu
#COVID-19 di Sarawak
#kes tertinggi di Sarawak
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan