KUALA LUMPUR : Langkah kerajaan Bangladesh mengambil keputusan tegas untuk menangani sindiket penyaluran pekerja asing negara itu disifatkan bakal mempercepatkan proses penyerahan dan kelulusan pekerja melalui sistem yang masih belum disahkan setakat ini.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair, keputusan yang diambil itu sangat tepat pada masanya selari dengan usaha Malaysia untuk memenuhi kekurangan pekerja asing yang teruk di hampir semua sektor yang diluluskan dalam pasaran pekerjaan.
"Ini akan membolehkan kerajaan Malaysia mempercepatkan proses penyerahan dan kelulusan pekerja melalui sistem yang masih belum disahkan setakat ini.
"Sekiranya keputusan untuk menamakan 25 agen pengambilan warga Bangladesh sebagai pekerja ke Malaysia diluluskan maka Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkin perlu melaksanakan pautan lain untuk pengambilan khas pekerja Bangladesh ke Malaysia dengan tepat bagi membolehkan projek ini berjaya," katanya.
Sukumaran berkata demikian mengulas mengenai laporan media bahawa kerajaan Bangladesh berpendirian tegas untuk melindungi rakyat mereka yang mencari kerja di luar negara daripada ‘gangguan’ pihak tertentu untuk mengeksploitasi mereka dan mengenakan perbelanjaan tinggi.
Menurut laporan itu, Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) mendakwa wujud satu sindiket membenarkan penghijrahan pekerja melalui satu sindiket dengan menetapkan hanya 25 syarikat terlibat dalam proses itu.
Dakwaan itu dibuat susulan satu satu surat dari kerajaan Malaysia yang didakwa meminta untuk mereka berbuat demikian.
Dalam pada itu, PAPSMA turut menggesa kerajaan terutamanya KSM untuk memberikan perhatian yang teliti terhadap status buruh antarabangsa.
Jelasnya, kerajaan sepatutnya membasmi sindiket penyaluran pekerja asing haram yang akan memberikan kesan kepada negara.
"PAPSMA akan menyokong BAIRA dalam membasmi kaedah pengambilan pekerja asing secara bersindiket dan dimonopoli ke Malaysia.
"Kami percaya kepada mod pasaran terbuka dan bebas dalam semua entiti perniagaan di masa hadapan untuk ahli-ahli kami," jelasnya lagi.
Sebelum ini, PAPSMA turut menggesa kerajaan tidak mengehadkan jumlah syarikat yang dibenar membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh bagi mengelak monopoli kumpulan tersebut seperti pernah berlaku beberapa tahun lalu.
Astro Awani
Tue Feb 15 2022

Ini akan membolehkan kerajaan Malaysia mempercepatkan proses penyerahan dan kelulusan pekerja melalui sistem yang masih belum disahkan setakat ini. - Foto fail

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang
Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Pemilihan 25 syarikat Bangladesh untuk elak monopoli - Saravanan
Kelulusan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia kepada 25 syarikat untuk mengambil pekerja dari Bangladesh dibuat bagi mengelakkan amalan monopoli.

PBB gesa negara anggota tingkat tekanan ke atas tentera Myanmar
Bachelet meminta masyarakat antarabangsa mengambil tindakan termasuk meningkatkan sekatan, menyasarkan pegangan kewangan dan kepentingan perniagaan yang dikawal oleh junta tentera Myanmar.

PM ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir.

Malaysia benam Bangladesh, sah layak ke Piala Asia 2023
Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu.

Video gelagat penyokong Bangladesh yakin menang tular di media sosial
Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh yakin negara kelahiranya mampu mengatasi Malaysia.

Palestin cerahkan peluang Malaysia layak ke Piala Asia 2023
Keputusan tersebut menyaksikan anak buah Kim Pan-gon hanya memerlukan kemenangan pada perlawanan akhir menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

PAPSMA gesa kerajaan siasat ejen pengambilan pekerja asing dari luar negara
Pelbagai tawaran dijanjikan membuatkan ada majikan terpedaya sedangkan prosedur daripada kerajaan biasanya mengambil masa.