KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengarahkan penyedia platform media sosial seperti Facebook dan TikTok menurunkan kandungan berunsur 3R (bangsa, agama dan raja), iklan judi dalam talian serta kenyataan jelik disifatkan sebagai wajar bagi menjaga sensitiviti, keselamatan dan kepentingan negara.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata walaupun Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk mengenai kebebasan rakyat mengeluarkan pendapat dan buah fikiran namun ia tidak bersifat mutlak.
Beliau berkata sebagai contoh Perkara 10(4), rakyat Malaysia dilarang mempersoal isu kewarganegaraan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan raja-raja.
"Semua orang ada hak bersuara tetapi kita juga harus melihat padanan tertentu sama ada ia boleh menjejaskan keselamatan negara, menimbulkan satu bentuk ketidaktentuan dalam negara dan menjejaskan kepentingan negara.
"Harus diingat kebebasan bersuara itu datang dengan hak dan tanggungjawab," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.
Terdahulu, media melaporkan bahawa pemilik Facebook iaitu Meta dan TikTok China telah menyekat sebilangan besar hantaran di akaun serta media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023. Ini berlaku di tengah-tengah lonjakan permintaan kerajaan untuk menurunkan kandungan.
Menurut laporan itu, Meta menyatakan bahawa antara bulan Julai 2022 dan Jun 2023, ia telah menyekat akses kepada lebih 3,500 item sebagai respons kepada laporan pengawal selia komunikasi negara serta agensi kerajaan yang lain.
Kandungan yang disekat termasuk kritikan terhadap kerajaan dan hantaran yang didakwa melanggar undang-undang berkaitan judi haram, ucapan kebencian, kandungan yang memecahbelahkan kaum dan agama, bersifat membuli dan penipuan kewangan.
Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Digital mempertimbang langkah mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial yang beroperasi di Malaysia berdaftar dengan MCMC bagi memastikan mereka memahami serta mematuhi aspek perundangan negara.
Pada November lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata MCMC tidak berperanan sebagai polis Internet sebaliknya memberikan bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital, pelaksanaan tindakan sekatan atau penurunan kandungan berdasarkan permohonan Polis Diraja Malaysia atau aduan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Pemilik Facebook iaitu Meta dan TikTok China telah menyekat sebilangan besar hantaran di akaun serta media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.