awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar hilangkan kabur imej bergerak
29 April keputusan permohonan wakil rakyat cabar penggantungan Parlimen era COVID-19
Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet sejurus tiba dari Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah naik taraf aset strategik pasukan keselamatan kritikal bagi pantai timur Sabah - Vivian Wong

Bernama
Bernama
19/06/2019
23:49 MYT
Langkah naik taraf aset strategik pasukan keselamatan kritikal bagi pantai timur Sabah - Vivian Wong
Vivian berkata beliau juga akan membangkitkan isu keselamatan maritim di pantai timur Sabah pada sidang Parlimen bulan depan.
Langkah menaik taraf aset strategik pasukan keselamatan di pantai timur Sabah kritikal bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim di rantau ini, kata anggota Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee pada Rabu.
Merujuk kepada insiden penculikan 10 nelayan dekat perairan Lahad Datu awal pagi Selasa, beliau berpendapat cadangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menempatkan kem tentera di lokasi sesuai di pantai timur dan mengukuhkan Polis Diraja Malaysia melalui penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) wajar diambil perhatian agar insiden serupa tidak berulang.
"Aset Tentera Laut Diraja Malaysia di Sandakan dan agensi penguatkuasaan undang-undang maritim Sandakan haruslah diperkukuhkan lagi, termasuk kakitangan dan peralatan yang lengkap dan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan.
Vivian berkata beliau juga akan membangkitkan isu keselamatan maritim di pantai timur Sabah pada sidang Parlimen bulan depan.
Katanya, tindakan segera perlu dalam memantapkan keselamatan di negeri ini demi kepentingan rakyat di Sabah, khususnya di pantai timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#isu keselamatan maritim
#Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
#Lahad Datu
#Sandakan
#Shafie Apdal
#Vivian Wong Shir Yee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan