awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas

Bernama
Bernama
20/01/2023
00:15 MYT
Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas
Suhakam berharap Suruhanjaya Kanak-kanak dapat menangani isu berkaitan kanak-kanak termasuk aspek kemandirian, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai sebuah badan berkanun yang bebas adalah langkah positif ke arah memelihara maruah kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad, berkata ini selaras dengan prinsip Malaysia Madani seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata penubuhan suruhanjaya ini adalah satu langkah ke arah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang bertanggungjawab memelihara keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
"Suhakam berharap suruhanjaya yang baru ditubuhkan dapat menangani isu berkaitan kanak-kanak termasuk aspek kemandirian, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata bagi memastikan perlindungan sebagai kepentingan terbaik kanak-kanak, suruhanjaya mesti mempunyai bidang kuasa yang luas dan mandat yang jelas dengan peruntukan yang mencukupi serta sumber manusia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CRC
#Suruhanjaya Kanak-Kanak
#badan berkanun bebas
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan