awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi dilanda banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/08/2024
04:45 MYT
Langkawi dilanda banjir kilat
Dua anggota bomba membantu menyelamatkan seorang mangsa banjir kilat di Langkawi.
LANGKAWI: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Pulau Langkawi dilanda banjir kilat pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat, Pegawai Bomba Tinggi II Mohammad Zaidi Md Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 6.35 pagi tadi.
“Ketua operasi mendapati berlaku limpahan Sungai Melaka berikutan hujan lebat. Paras air naik hampir 0.6 meter dan menjejaskan laluan masuk ke kampung.
“Kawasan yang dikesan terjejas akibat dinaiki air adalah Kuah, Padang Matsirat, Temonyong dan Kampung Bukit Kembojani,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mohammad Zaidi berkata, dalam kejadian itu anggota berjaya menyelamatkan seorang lelaki dengan memindahkannya ke tempat selamat selepas rumahnya dimasuki air.
Beliau berkata, turut terjejas beberapa rumah serta premis seperti restoran dan Pasar Padang Matsirat selepas dinaiki air sedalam 0.6 meter.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Topic Berkaitan
#banjir
#Langkawi banjir
#banjir kilat
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan