awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi jadi perintis gelembung perjalanan bermula 16 Sept - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2021
10:04 MYT
Langkawi jadi perintis gelembung perjalanan bermula 16 Sept - PM
Beberapa destinasi pelancongan akan dibuka mengikut syarat ditetapkan dan selepas mencapai vaksinasi 80 peratus di lokaliti tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
"Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
"Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September," jelasnya.
Tambah Perdana Menteri, destinasi pelancongan yang lain pula akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
Sektor pelancongan sebelum ini antara yang terkesan selepas pandemik COVID-19 melanda negara.
Sebelum ini, industri pelancongan dan kebudayaan negara dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Langkawi
#pandemik
#pelancong
#pelancongan
#PM
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan