awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lans Koperal terima rasuah ditahan SPRM

Bernama
Bernama
06/02/2018
15:23 MYT
Lans Koperal terima rasuah ditahan SPRM
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi malam ini mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pagi esok.
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Pagoh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat hari ini kerana menerima wang rasuah berjumlah RM700.
Suspek lelaki berusia 28 tahun itu, ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Abdullah, Bandar Maharani, Muar, kira-kira 3.00 petang tadi.
Menurut sumber, suspek didapati menerima wang rasuah itu daripada seorang staf kontraktor sejak November tahun lepas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan sekitar Pekan Pagoh.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit dengan kesalahan.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi malam ini mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pagi esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buruh asing
#lans koperal
#permit
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan