Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilakukan beliau tidak dimaklumkan kepada Kabinet.
Perdana Menteri berkata, sudah menjadi amalan biasa beliau sejak dahulu lagi untuk membuat keputusan tanpa perlu mendapatkan persetujuan jemaah Menteri.
"Dia sangat tegas. Dia bercakap benar. Dia tidak putar belit apa yang dia cakap. Jadi kita perlukan seseorang yang mempunyai karakter yang tegas.
“Saya tidak bincang dengan Kabinet. Biasanya saya buat keputusan saya sendiri sebab saya tak perlu tanya Kabinet berkenaan keputusan yang saya sendiri luluskan.
“Dia (Latheefa) jadi ketua, dia akan selidik semua kes rasuah dan perkara lain. Jika dia dapati sesuatu yang melanggar peraturan, dia akan siasat dan laporkan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri beliau bersama jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini pada Rabu.
Tambah Dr Mahathir, sekiranya beliau meminta pandangan Kabinet, ia sedikit sebanyak akan membataskan beliau dalam membuat keputusan.
“Saya tak pernah tanya Kabinet. Saya tanya orang lain yang mempunyai pengetahuan tentang karakter orang ini.
“Tak perlu Kabinet buat keputusan kerana kalau Kabinet buat keputusan, ia mengikat saya. Jadi, saya bebas untuk menilai siapa yang dicadang dan dipilih,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah lama memohon untuk meninggalkan agensi itu.
“Dia (Mohd Shukri) minta nak berhenti. Dia minta untuk letak jawatan sejak tahun lalu. Jadi saya mengambil masa agak lama untuk mencari pengganti.
“Dia kata dia telah lama memegang jawatan tersebut,” ujar Dr Mahathir.
Latheefa dilantik sebagai orang nombor satu SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu menggantikan Mohd Shukri yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal.
Kontrak Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.
Harits Asyraf Hasnan, Hasimi Muhamad
Wed Jun 05 2019
Dr Mahathir Mohamad mengulas pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam sidang media di Putrajaya.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid
Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
SPRM gagal lucut hak wang RM100,000 milik Kasitah Gaddam
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram.
SPRM nafi tutup akaun Twitter
SPRM menjelaskan bahawa penutupan akaun rasmi Twitter @SPRMMalaysia berpunca daripada isu teknikal.
Saksi pembelaan Latheefa dan Shafee 'bengang' antara satu sama lain
Latheefa berkata beliau tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai kes RM4 bilion yang didakwa dihantar ke bank BSI di Switzerland kerana ia akan menjejaskan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
Kembalikan kemandirian SPRM - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, keputusan ini bagi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.
Latheefa sahkan hantar surat letak jawatan
Surat itu dihantar pada Isnin, 2 Mac lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Latheefa tidak pasti pendedahan rakaman perbualan individu berprofil tinggi sah atau tidak
Muhammad Shafee dakwa pendedahan itu bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Mahkamah benarkan kerajaan lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan
Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).