KUCHING: Sistem pengambilan dan pelantikan kakitangan Perkhidmatan Awam Sarawak dilaksanakan berdasarkan merit, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Katanya kelayakan, keupayaan dan kompetensi individu yang memohon diutamakan tanpa mengira faktor kuota, bangsa atau latar belakang.
"Selain itu, tadbir urus Perkhidmatan Awam Sarawak dalam sistem pemilihan, pembangunan dan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
"Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus berusaha untuk menambah baik Perkhidmatan Awam Sarawak sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa," katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkaitan bajet negeri itu tahun hadapan.
Awang Tengah berkata buat masa ini, Perkhidmatan Awam Sarawak dianggotai pegawai dari semua kaum dan bangsa termasuk etnik minoriti seperti Kajang, Mierek, Saban dan Tagal.
Katanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang ditubuhkan di bawah Artikel 36 Perlembagaan Sarawak, merupakan suruhanjaya bebas mengurus dan memantau urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan disiplin penjawat awam negeri.
Pada 24 Nov lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata sistem pengambilan kakitangan awam Sarawak mestilah bebas daripada unsur perkauman bagi memastikan pencari kerja dilayan secara adil.
Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak berkata bagi memastikan pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dilaksanakan secara lebih efisien dan efektif, Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu telah mula dilaksanakan pada tahun 2010.
"Sehingga 31 Okt tahun ini, tanah seluas 1,060,811 hektar atau 2,621,264 ekar telah berjaya diukur secara perimeter dan 813,587 hektar atau 2,010,373 ekar daripadanya telah pun diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian).
"Selain itu, sehingga 31 Okt tahun ini, sebanyak 58,606 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 74,181 hektar atau 183,301 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Awang Tengah berkata buat masa ini, Perkhidmatan Awam Sarawak dianggotai pegawai dari semua kaum dan bangsa termasuk etnik minoriti seperti Kajang, Mierek, Saban dan Tagal. - Gambar fail
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan umum pemberian bantuan Aidilfitri
Beberapa lagi negeri hari ini mengikuti langkah kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam negeri masing-masing.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.