awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS

Bernama
Bernama
16/12/2022
13:26 MYT
Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berharap pelantikan baharu dalam ahli lembaga pengarah semua badan berkanun persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibuat oleh kerajaan sekarang adalah berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalaman dan bukannya parti politik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti.
"Selain itu terdapat risiko wujudnya konflik kepentingan apabila calon dilantik berdasarkan parti politik akan mengutamakan program yang mempunyai kepentingan sahaja," kata Yeoh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata IDEAS menyambut baik keputusan kerajaan untuk menamatkan semua pelantikan politik dalam lembaga pengarah semua badan berkanun persekutuan dan GLC termasuk yang berada di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan).
Institut penyelidikan itu juga mendedahkan data Pantau Kuasa (www.pantaukuasa.com), sebuah laman web yang menjejaki pelantikan politik terhadap pentadbiran kerajaan Persekutuan (sepanjang empat pentadbiran perdana menteri sebelum ini) menunjukkan bahawa terdapat lebih 200 pelantikan politik di 72 FSB di bawah kerajaan terdahulu.
"Undang-undang badan berkanun sudah mengenal pasti entiti dan individu yang sepatutnya melantik pengerusi dan ahli lembaga. Sehubungan itu, peruntukan ini harus dihormati dan dipatuhi, bagi GLC pula, kuasa pelantikan perlu diberikan kepada entiti kerajaan yang memilikinya atau jawatankuasa pencalonan lembaga pengarah itu," katanya.
Melangkah ke hadapan, IDEAS menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan dalam menetapkan kriteria pengerusi dan ahli lembaga pengarah bagi melengkapkan ketiadaan kriteria pelantikan di peringkat badan berkanun.
Bagi GLC, beliau berkata Buku Hijau untuk memperkukuhkan keberkesanan Lembaga Pengarah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi pada tahun 2006 boleh menjadi rujukan untuk pelantikan ahli lembaga pengarah GLC.
Selain itu, Yeoh berkata kriteria penilaian pengarah individu dan ahli lembaga secara kolektif harus telus, disesuaikan dengan keperluan syarikat.
"Usaha sebegini perlu disertakan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang boleh meneliti dan memantau laporan tahunan badan berkanun dengan lebih kerap," kata Yeoh.
IDEAS akan terus memantau pelantikan dalam badan berkanun persekutuan dan GLC terpilih dalam kerajaan semasa dan orang ramai boleh melihat penemuan itu di laman web - https://www.pantaukuasa.com
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lantikan politik
#ideas
#Tricia Yeoh
#GLC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan