Spekulasi pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai presiden baharu universiti berkenaan bagi menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, masih menjadi tanda tanya.
Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, tanpa menamakan mana-nama individu, berkata, perbincangan mengenai pelantikan itu masih berlangsung antara Kementerian Pendidikan dan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
"Perkara ini (urusan pelantikan) masih sedang berlangsung dan kita perlu mendapat perkenan Sultan Pahang. Terserah kepada Tuanku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Makmal Kemanusiaan 2.0, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris hari ini yang menyebut Mohd Daud dikatakan bakal dilantik sebagai Presiden UIAM.
Persidangan sehari anjuran Mercy Malaysia itu turut dihadiri Penasihat Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN, Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Racel Demas.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata UIAM bagaimanapun bersedia dan terbuka menerima sesiapa saja yang bakal dilantik bagi jawatan itu.
"Bagaimanapun, kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pilihan yang dibuat oleh kementerian. Setakat ini, Maszlee masih menjalankan tugas sebagai presiden kerana tidak ada surat rasmi (peletakan jawatan)," katanya.
Sebelum ini, lantikan Maszlee bagi jawatan utama universiti tu menjadi kontroversi apabila mendapat bantahan dan pihak tertentu yang mempersoalkan kelayakan beliau yang memegang portfolio sebagai menteri Kabinet selain bercanggah dengan intipati manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pada November lepas, Maszlee mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, namun tidak berkuasa serta merta kerana perlu menyelesaikan beberapa isu berkaitan termasuklah mencari penggantinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 05 2019
Perbincangan mengenai pelantikan itu masih berlangsung antara Kementerian Pendidikan dan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan bilateral dengan Canselor Austria, Sebastian Kurz selama lebih 30 minit di Canseleri Persekutuan, Vienna.
Angela Merkel angkat sumpah Canselor Jerman
Pemilihan Merkel menandakan tamatnya krisis politik yang melanda negara itu sejak enam bulan lalu.
'Wanita Besi' Angela Merkel secara tak rasmi kekal Canselor Jerman
Keputusan yang diumum pada Ahad itu menamatkan ketidaktentuan politik yang berlarutan sejak hampir enam bulan lalu.
Hanya tiga dilantik ke jawatan Profesor Ulung
Jawatan itu adalah satu penganugerahan berdasarkan meritokrasi di mana anggota terlibat dalam pentadbiran tidak mendapat apa-apa keistimewaan.