awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan S. Gobi Krishnan dibatalkan - Shahidan

Bernama
Bernama
10/08/2022
08:48 MYT
Lantikan S. Gobi Krishnan dibatalkan - Shahidan
Shahidan berkata kementerian telah membuat carian kebankrapan individu pada 3 Ogos lepas dan keputusan diterima mengesahkan S.Gobi Krishnan berstatus bankrap. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S.Gobi Krishnan sebagai Ahli Lembaga Pelesenan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) berkuat kuasa 4 Ogos lepas.
Shahidan berkata kementerian telah membuat carian kebankrapan individu menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia pada 3 Ogos lepas dan keputusan diterima mengesahkan S.Gobi Krishnan berstatus bankrap mulai 7 Jan 2021.
"Berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat oleh kementerian ini, didapati walaupun telah berstatus bankrap, pelantikan beliau bagi tempoh 20 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2022 adalah teratur serta tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.
"Akta Eksais 1976 (Akta 176) tidak memperuntukkan bahawa seseorang yang bankrap tidak boleh dilantik menjadi Ahli Lembaga Pelesenan. Akta itu juga tidak memperuntukkan bahawa jawatan itu secara automatiknya menjadi kosong jika Ahli Lembaga Pelesenan berstatus bankrap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahidan berkata S.Gobi Krishnan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelesenan WPKL berkuat kuasa mulai 20 Julai 2021 hingga 19 Julai 2023 berdasarkan perwakilan kuasa yang dibuat di bawah Seksyen 86 Akta 176 yang telah pun diwartakan melalui P.U. (B) 359/2014 pada 24 Julai 2014.
"Dalam hal ini, Menteri Kewangan telah mewakilkan kuasanya di bawah seksyen 31 Akta 176 kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan Lembaga Pelesenan dan melantik ahli Lembaga Pelesenan bagi Wilayah Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Gobi Krishnan
#Lembaga Pelesenan Wilayah Persekutuan
#Shahidan Kassim
#pelantikan dibatal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan