NATIONAL
Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan agenda banteras rasuah - MCW

MCW berharap pelantikan Azam membantu dalam usaha memperkasa SPRM dengan dasar yang kukuh, reformasi pentadbiran yang menyeluruh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu keperluan luar jangka yang amat kritikal dalam memastikan kesinambungan agenda pencegahan rasuah di negara ini.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan semula beliau bagi tempoh setahun mulai 13 Mei, bagi memastikan kesinambungan agenda pencegahan rasuah.
- Presiden MCW, Jais Abdul Karim, menegaskan bahawa kesinambungan kepimpinan SPRM penting untuk memastikan momentum siasatan, pendakwaan, dan pembudayaan integriti dalam sektor awam serta swasta.
- MCW berharap pelantikan ini membantu dalam usaha memperkasa SPRM dengan dasar yang kukuh, reformasi pentadbiran yang menyeluruh, serta pendekatan berasaskan prinsip integriti dan ketelusan.
"Ia membolehkan tokoh pengganti kelak menimba pengalaman secara langsung, mempelajari selok-belok pengurusan krisis integriti serta memahami tekanan dalaman dan luaran yang datang bersama tanggungjawab besar memimpin agensi penguatkuasaan rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.
Sebelum ini Azam, 62, telah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei ini.
Jais berharap SPRM terus diperkasa dengan sokongan dasar yang tuntas, reformasi pentadbiran yang menyeluruh dan pendekatan strategik berasaskan prinsip integriti, ketelusan serta akauntabiliti.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami