awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan individu diberkas terlibat kegiatan judi dalam talian, mahjong

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2021
22:00 MYT
Lapan individu diberkas terlibat kegiatan judi dalam talian, mahjong
Kegiatan perjudian tersebut dipercayai telah beroperasi di sekitar kawasan Kepong sejak seminggu lalu.
KUALA LUMPUR: Lapan individu diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian dan mahjong di sebuah premis di Manjalara Kepong di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 6.30 petang oleh sepasukan anggota daripada Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
"Seramai lapan individu tempatan diberkas dipercayai terlibat dalam perjudian ini. Antaranya ialah tiga lelaki dipercayai terlibat perjudian mahjung, empat lelaki dipercayai bermain judi dalam talian dan seorang lagi merupakan penganjur kegiatan perjudian mahjung dan perjudian dalam talian.
"Kesemua diberkas berumur lingkungan 25 tahun hingga 62 tahun," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kegiatan perjudian tersebut dipercayai telah beroperasi di sekitar kawasan Kepong sejak seminggu lalu.
"Siasatan awal mendapati kegiatan ini berselindung di sebalik premis perniagaan.
"Polis merampas pelbagai peralatan perjudian mahjung, komputer pelbagai jenama, modem komputer, buku catitan perniagaan dan wang tunai berjumlah RM4,636," katanya.
Tambah beliau, kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," kata beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#mahjong
#Beh Eng Lain
#kepong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan