awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/01/2023
05:57 MYT
Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar
Sebanyak lapan lot kedai makan yang terletak di Astaka Stadium Bandaraya, di Jalan Perak, George Town, terbakar, pagi tadi.
GEORGE TOWN: Sebanyak lapan lot kedai makan yang terletak di Astaka Stadium Bandaraya, di Jalan Perak, di sini, terbakar, pagi tadi.
Difahamkan kebakaran berlaku kira-kira jam 7.25 pagi ketika semua premis makanan berkenaan belum memulakan operasi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, api berada dalam keadaan marak. Kebakaran melibatkan lapan lot kedai makan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan kira-kira 50 peratus.
“Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas,” kata beliau.
Premis makanan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar
Bagaimanapun, menurut A’ Azelan, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam kebakaran dan api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 7.52 pagi.
Menurut beliau, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Astaka Stadium Bandaraya
#lapan lot kedai makan
#kebakaran
#Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan