awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut dalam kemalangan bas berhampiran Tapah

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2015
23:15 MYT
Lapan maut dalam kemalangan bas berhampiran Tapah
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Seorang lagi mangsa bas persiaran terbakar dekat tol Tapah awal pagi ini meninggal dunia, menjadikan bilangan yang maut lapan orang, menurut Pengarah Hospital Tapah.
Sebelum ini dilaporkan sekurang-kurangnya tujuh penumpang disahkan rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.
Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.
Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.
Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.
Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#PLUS
#rentung
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan