SIBU:Lapan buah rumah panjang di Pasai Siong, Sibu dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari susulan 37 individu di salah sebuah rumah panjang berkenaan disahkan positif COVID-19, semalam.
Rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Jelian Nayor, Ringgit Unchu, Langi Ambau, Pom Maja, Nyanggai Alok, Jeram Empin, Kelly Chundau dan Nyambong Ajon.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sibu, mereka dikesan melalui hasil saringan kes seorang wanita yang balik dari Johor (Kes 1,175) pada 29 Disember 2020.
Tambah kenyataan itu, wanita tersebut pada tarikh berkenaan balik dari Johor Bahru melalui Kuala Lumpur seterusnya mengambil penerbangan transit Kuala Lumpur ke Kuching pada hari sama.
"Bagaimanapun, saringan ujian COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mendapati wanita itu negatif COVID-19.
"Dia kemudian meneruskan perjalanan ke Sibu dan diberikan pelepasan untuk menjalani kuarantin di rumah di Pasai Siong bagi menghadiri upacara pengebumian bapanya.
"Saringan ujian kedua yang diambil pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang menunjukkan wanita itu positif COVID-19 pada 6 Januari 2021," tambah kenyataan itu.
Susulan keputusan tersebut, Kementerian Kesihatan telah membuat saringan ke atas 74 penduduk di Rumah Langi, Pasai Siong pada 7 Januari 2021.
Namun, kata kenyataan itu lagi, hasil saringan tersebut mendapati seramai 37 kes positif telah dikesan.
"Ekoran itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan pergerakan di simpang jalan masuk ke Rumah Langi, Pasai Siong iaitu kira-kira 15 kilometer daripada Jalan Teku Pasai Siong bermula jam 11.30 malam tadi.
"Kita juga telah menghantar para penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Sibu ke luar Sarawak untuk dikuarantinkan di pusat kuarantin di bahagian iaitu Betong, Sarikei Mukah, dan Kapit," katanya sambil menambah penerbangan dari Johor Bahru dan Kota Kinabalu ke Sibu turut dibatalkan mulai esok.
Sementara itu, JPBN Sibu turut menggesa orang awam yang menghadiri upacara pengebumian di Rumah Langi, Pasai Siong pada 29 hingga 31 Disember 2020 supaya hadir membuat pemeriksaan dan saringan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya.
Astro Awani
Sat Jan 09 2021
Anggota polis memasang khemah di simpang jalan masuk ke Rumah Langi. - Foto Astro AWANI.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
'Lockdown' akibat COVID-19: Protes memuncak di Shanghai, merebak ke bandar lain
Gelombang tentangan awam kini dilihat semakin besar di China, malah yang paling ketara sejak Presiden Xi Jinping berkuasa sedekad lalu.
Kes jenayah Sabah meningkat 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan - Polis
Jumlah kes jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan awal April tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
COVID-19: Keluhan 'lockdown' ditapis, pengguna media sosial China lebih kreatif luah rasa
Pemerintah China terus mengenakan pemantauan dan kawalan ketat terhadap penggunaan Internet oleh rakyatnya.
Kerajaan Sweden isytihar pandemik berakhir, walau dibantah saintis
Ujian pengesanan percuma pula telah dikurangkan bulan ini dan secara efektif dihentikan pada Rabu (9 Februari).
Omicron: Duduk rumah atas inisiatif sendiri, tak perlu tunggu arahan kerajaan - Pakar
Orang ramai tidak perlu tunggu arahan daripada kerajaan sebaliknya mengambil langkah proaktif berbuat demikian.
Aidilfitri: KKM jangka Omicron diturunkan sebulan dua lagi
KKM menjangkakan gelombang penularan Omicron dapat diturunkan sebulan atau dua bulan lagi sekali gus membolehkan sambutan Aidilfitri pada awal Mei depan tanpa sekatan pergerakan.
Pendekatan mampan penting untuk pemulihan industri penerbangan - Tony Fernandes
Tony Fernandes seru kepada pendekatan yang lebih mampan untuk membantu industri penerbangan di rantau ini pulih.
Kehidupan daif ibu tunggal dapat perhatian kerajaan negeri
Nasib seorang ibu tunggal dan dua anaknya mendapat perhatian kerajaan negeri yang mengambil tindakan pantas dengan memindahkan mereka ke kediaman lebih selesa.
COVID-19: Sekatan dikembalikan di India susulan kenaikan kes
Peningkatan kes itu susulan varian Omicron merebak dengan pantas di negara berkenaan.
Satu lagi bandar di China kenakan sekatan pergerakan untuk bendung COVID-19
Xian, di barat laut ibu kota wilayah Shaanxi, melaporkan kurang daripada 100 kes selepas hampir seminggu.